Senin, 23 Desember 2013

Macam Nafsu



~*~  Macam Nafsu  ~*~


1.Nafsu Kamilah

Merupakan peringkat tertinggi dari segala peringkat nafsu
Nafsu ini hanya dimiliki oleh para rasul, nabi


2.Nafsu Ammarah

Nafsu pertama yang harus ditaklukan yang cenderung mengajak manusia kepada perkara negatif
Ciri-cirinya adalah seperti iri hati, dengki, takabur, pemarah, sombong dengan kemewahan
dan mencari nama untuk kepentingan diri sendiri


3.Nafsu Lawwamah

Ciri-cirinya adalah suka berbuat baik
tetapi masih suka melakukan maksiat,
suka membantah pada nilai-nilai positif
dan suka menceritakan kebaikan diri sendiri
agar dikagumi oleh orang lain
Sifatnya hampir sama dengan peringkat pertama
namun ada perbedaannya walaupun hanya sedikit


4.Nafsu Mulhamah

Merupakan hasil positif dari penaklukan dua peringkat nafsu sebelumnya. Ciri-ciri positifny adalah sabar,
bersikap tenang, pemurah, merasa bersyukur dan suka mengajak orang lain untuk berbuat kebajikan serta beramal baik


5.Nafsu Muthmainnah

Nafsu yang memiliki ciri-ciri mulia seperti tawakal, murah hati, suka mensyukuri nikmat tuhan
meskipun hanya sebahagian kecil atau sederhana dan sabar atas bencana. Impak positif dari nafs
peringkat ini adalah munculnya sifat-sifat arif dan bijaksana manusia


6.Nafsu Radliyyah

Dengan munculnya sifat-sifat kebijaksanaan
maka seseorang itu akan dapat memanjat peringkat ke 5 ini
Ciri-ciri seseorang yang berada diperingkat nasfu ini adalah
hidupnya diabdikan sepenuhnya hanya kepada tuhan,
takut kepada tuhan bukan sebagai tuhan yang menyiksakan,
tetapi kerana sifat Rahman dan Rahim-Nya


7.Nafsu Mardliyyah

Peringkat dimana jiwa sentiasa dihiasi dengan kesucian, kemuliaan dan kesempurnaan
Baik perkataan mahupun perbuatan, semuanya diridhai tuhan kerana jiwa, hati, perasaan, gerak-gerik, penglihatan, pendengaran, dan perjalanan hanya untuk-Nya
Pada peringkat ini, seseorang insyaalah dapat memiliki kehebatan dan keistimewaan luar biasa

sumber:
syariah



***
Referensi :
Sabtu, September 14, 2013
http://uswahislam.blogspot.com/2013/09/7-macam-peringkat-nafsu-dalam-islam.html?m=1
*

Tidak ada komentar:

Posting Komentar