Senin, 23 Desember 2013
Shalat Sunnah Muakad
~*~ Shalat Sunnah Muakad ~*~
Inilah Shalat-shalat Sunat Muakad yang sangat dianjurkan oleh Islam:
Sebagai seorang Muslim, memang kita dituntut untuk melakukan banyak amalan-amalan sunat
sebagai bonus tambahan kepada amalan-amalan wajib
karena itu, terdapat beberapa solat sunat yang sangat dituntut untuk dilakukan (muakad)
Keberhasilan menunaikannya dengan konsisten, ikhlas, khusyuk dan tawadho'
dijanjikan dengan pahala dan fadhilat yang besar di sisi Allah
Diantara solat-solat sunat muakad, yang sangat dituntut untuk dilakukan setiap hari adalah:
1. Solat Sunat Rawatib (10 Rakaat)
Dari Ibnu Umar r.a. berkata,
"Aku menjaga 10 rakaat dari Nabi Muhammad SAW;
2 rakaat sebelum solat Zuhur,
2 rakaat sesudahnya,
2 rakaat sesudah solat Maghrib,
2 rakaat sesudah solat Isyak
dan 2 rakaat sebelum solat Subuh (solat sunat Fajar)"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Aisyah r.a. dalam sebuah hadis menyatakan,
"Tidak ada nafilah (solat sunat) yang sangat dijaga pelaksanaannya oleh Rasulullah melebihi dua rakaat solat sebelum Fajar"
(HR. Bukhari dan Muslim)
Ada ulama' yang mengatakan bahawa solat sunat Fajar
dan solat sunat Qabliyyah Subuh adalah solat yang sama,
namun ada juga yang berpendapat keduanya berbeda
Wallahu'alam
2. Solat Sunat Dhuha (2 Rakaat)
Daripada Abu Hurairah r.a., sabda Nabi SAW
"Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah SAW) tiga macam pesan;
puasa 3 hari setiap bulan,
shalat Dhuha 2 rakaat
dan shalat witir sebelum tidur"
(HR. Bukhari dan Muslim)
Waktu mengerjakannya adalah ketika matahari sedang naik
(setelah matahari terbit hingga sebelum matahari tegak di atas kepala)
3. Solat Sunat Witir (1 Rakaat)
Sebuah hadis berbunyi
"Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir
Maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran"
(HR. Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Ditunaikan sekurang-kurangnya satu rakaat sebelum tidur
4. Solat Sunat Tahajjud (2 Rakaat)
Allah SWT berfirman,
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا ٧٩
Artinya:
"Dan dari sebagian malam hari shalat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu;
Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang Terpuji"
(Qs. Al-Isra’: 79)
5. Solat Sunat Taubat (2 Rakaat)
Dari Ali k.w.j., bahawa Rasulullah SAW bersabda,
"Tidaklah seseorang melakukan perbuatan dosa
lalu dia bangun dan bersuci, kemudian mengerjakan solat,
dan setelah itu memohon ampunan kepada Allah melainkan Allah akan memberikan Ampunan kepadanya"
(HR. At-Tirmidzi)
Manusia tidak pernah luput dari yang namanya dosa dalam sehari-harinya
Jika dihitung, jumlah rakaat solat-solat sunat adalah 17 rakaat,
Samaan dengan jumlah rakaat solat-solat wajib
Tujuan ditunaikan solat-solat sunat adalah untuk 'menambalnya'
bilamana ada kecacatan yang terjadi dalam solat-solat wajib yang kita kerjakan tersebut
Ibaratnya kain yang robek pu ditambal dengan serpihan kain yang sama,
begitupun dengan solat yang bocor akibat kelemahan dan kelalaian kita
yang 'ditambal' dengan solat-solat sunat
Semoga jadi tambahan ilmu yang bermanfaat dan dimanfaatkan
***
Referensi :
Rabu, 16 Januari 2013
http://uswahislam.blogspot.com/2013/01/5-shalat-sunnah-muakad-pilihan.html?m=1
*
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar